(Asrama Baharu)
Alhamdulillah, para pelajar perempuan telah berpindah ke asrama yang baharu demi keselesaan dan suasana pembelajaran yang lebih baik. Namun begitu, premis baharu ini masih belum dilengkapi dengan langsir bagi setiap bilik dan ruang asrama.
Penyediaan langsir amat penting bagi memastikan privasi, penjagaan aurat serta mewujudkan suasana pembelajaran dan rehat yang lebih kondusif untuk para pelajar tahfiz.
Sehubungan itu, pihak kami berhasrat menyediakan langsir berserta rod yang bersesuaian bagi setiap tingkap dan pintu sliding demi kebajikan dan keselesaan anak-anak tahfiz MATAN.
• 2 Sliding Tingkat 1
• 5 Tingkap Asrama (pelbagai saiz)
• 1 Sliding Tingkat Atas
• 1 Tingkap Tengah Tingkat Atas
• Termasuk rod langsir bagi semua bahagian
Bagi memudahkan para penyumbang, kami menyediakan pilihan tajaan seperti berikut:
🤍 Tajaan Sliding Penuh – RM400 / unit
🤍 Tajaan Tingkap Besar – RM250 / unit
🤍 Tajaan Tingkap Sederhana – RM200 / unit
🤍 Tajaan Rod Langsir – RM150 / bahagian
🤍 Sumbangan Umum – Ikhlas seberapa mampu
Tuan/puan juga boleh menaja atas nama sendiri atau ahli keluarga sebagai hadiah pahala berterusan, insya-Allah.
Sabda Nabi Muhammad ﷺ:
"Allah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba itu menolong saudaranya."
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat yang berpanjangan serta asbab keberkatan dalam kehidupan.
Segala perhatian dan sokongan didahului dengan ucapan terima kasih.